Privacy Notice (BM version)

Notis Perlindungan Data Peribadi Umum STFR

 

  1. Notis Perlindungan Data Peribadi Umum STFR (“Notis”) ini menggariskan dasar-dasar STFR Resources Sdn. Bhd. (“STFR”) mengenai pemprosesan Data Peribadi anda. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian antara versi Bahasa Inggeris dengan versi-versi bahasa yang lain, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

 

  1. Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, butiran kenalan, alamat, maklumat kad pengenalan anda, jawatan anda dalam syarikat, imej atau gambar anda, dan sebarang maklumat lain mengenai anda yang telah anda berikan kepada STFR berhubung dengan sebarang penglibatan, interaksi, dan surat-menyurat antara anda dengan STFR dan/atau apa-apa maklumat tentang anda yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, diguna, diproses oleh STFR dari semasa ke semasa.

 

STFR juga mengumpul dan memproses Data Peribadi Sensitif, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat berkaitan kepercayaan agama anda, rekod kesihatan, rekod jenayah, dan data biometrik.

Sumber-sumber Data Peribadi

 

  1. Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada STFR secara langsung, STFR mungkin mengumpulkan Data Peribadi anda dari pelbagai sumber seperti:-

 

  • apabila anda mengisi dan menghantar permohonan, deklarasi, pendaftaran atau borang pertanyaan atau borang-borang lain yang serupa kepada STFR;
  • apabila anda memberikan sebarang Data Peribadi atau maklumat kepada STFR melalui Kod QR atau melalui laman web SFTR di http://www.stfresources.com dan a-c-e.my (“Laman Web”) atau apabila anda mengakses atau menggunakan Laman Web tersebut, termasuk di mana sistem dan teknologi yang didayakan kecerdasan buatan (AI) digunakan untuk menyokong kecekapan operasi, pemperibadian, analitik dan keselamatan. Data Peribadi anda juga mungkin dikumpulkan dari kuki yang digunakan di Laman Web;
  • apabila anda melawat atau memasuki Bangunan AICB (“Premis”), Data Peribadi anda mungkin dikumpul secara langsung atau tidak langsung dari kawalan akses dan sistem-sistem pemantauan seperti televisyen litar tertutup (CCTV), pendaftaran Kod QR, perisian pengecaman wajah dan buku-buku log pendaftaran pelawat;
  • jika anda seorang kontraktor, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan, dari tender-tender atau cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh anda atau syarikat anda.
  • apabila anda menghadiri acara kami, sama ada yang diadakan di premis kami atau di luar premis kami, termasuk apabila sistem yang didayakan AI digunakan bagi tujuan pengurusan acara, pendaftaran dan operasi;
  • dari pelbagai entiti atau bahagian di bawah STFR;
  • dari pihak-pihak berkaitan STFR seperti Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Asian Banking School Sdn Bhd (ABS);
  • dari sumber-sumber pihak ketiga seperti ejen atau rujukan pihak ketiga atau cadangan; atau
  • maklumat yang dihasilkan semasa perhubungan dan interaksi anda dengan STFR.

 

  1. Pemberian Data Peribadi anda kepada STFR adalah wajib atau secara sukarela seperti dinyatakan di bawah:-

 

Jika anda seorang penyewa:-

Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib bagi memasuki atau diberi akses ke premis. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan STFR menolak permohonan anda untuk memasuki Premis. STFR juga mungkin tidak dapat memaklumkan anda dalam suatu keadaan kecemasan tanpa pemberian Data Peribadi tersebut.

 

Jika anda seorang tetamu atau pelawat di Premis

Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib bagi memasuki atau melawat Premis. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan STFR menolak permohonan anda untuk memasuki Premis.

Jika anda seorang pengguna Laman Web:

Pemberian Data Peribadi anda kepada STFR melalui Laman Web adalah sukarela. Namun, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan STFR tidak dapat membalas atau menghubungi anda berkenaan pertanyaan anda.

Jika anda seorang kontraktor, vendor, pembekal, pembekal perkhidmatan:

Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib bagi tujuan pelantikan anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk anda, mengeluarkan pembayaran kepada anda untuk produk atau perkhidmatan yang diberikan dan/atau membenarkan akses kepada anda untuk memasuki Premis atau tapak-tapak projek yang berkaitan. Pemberian Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran dan promosi adalah sukarela dan sekiranya anda ingin memilih keluar (‘opt out’), anda boleh menghubungi: Jualan dan Pemasaran melalui Telefon: 603- 2602 4100; E-mel: ace@stfresources.com.

Tujuan-tujuan Penggunaan

  1. STFR boleh mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan perniagaan dan aktiviti STFR yang termasuk, tanpa had, tujuan-tujuan yang berikut (“Tujuan”):-

 

Jika anda seorang penyewa:

  • untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan STFR mengenai sebarang perjanjian yang dimasuki oleh anda;
  • untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan yang berkaitan dengan penyewaan anda dengan STFR, seperti tempahan bilik-bilik mesyuarat, untuk mengeluarkan kad-kad akses bagi memasuki bangunan dan tempat letak kenderaan bermusim;

 

Jika anda seorang tetamu atau pelawat di Premis:

  • untuk tujuan mengenal pasti identiti anda;
  • untuk pemeriksaan keselamatan;

 

Jika anda seorang pengguna Laman Web:

  • untuk membalas sebarang pertanyaan atau surat-menyurat daripada anda, seperti apabila anda menghantar apa-apa pertanyaan pada Laman Web;

 

Jika anda seorang kontraktor, vendor, pembekal, atau pembekal perkhidmatan;

  • untuk mempertimbangkan dan menilai sebarang tender atau cadangan yang dikemukakan oleh anda atau syarikat anda kepada STFR;
  • untuk berkomunikasi dengan anda atau syarikat anda mengenai tender atau cadangan;
  • bagi tujuan pelantikan anda untuk membekalkan perkhidmatan atau produk atau memberikan anda projek;
  • untuk memudahkan atau membolehkan sebarang pemeriksaan yang mungkin diperlukan oleh STFR untuk melantik anda;
  • untuk memproses pembayaran berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang telah anda berikan;
  • untuk menghantar barangan pemasaran atau promosi kepada anda;

 

Umum (terpakai kepada semua):

  • jika anda menghadiri acara, majlis atau sesi latihan yang dianjurkan oleh STFR, untuk mengambil gambar atau fotograf anda bagi tujuan bukan keuntungan, termasuk untuk diterbitkan dalam buletin, laporan tahunan, laman web, serta platform media sosial atau laman rangkaian sosial STFR;
  • untuk membalas sebarang pertanyaan, komen, dan/atau surat-menyurat daripada anda;
  • untuk berkomunikasi dengan anda atau menghubungi anda atau syarikat anda (jika terpakai) untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini;
  • bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan dalaman;
  • bagi tujuan pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
  • bagi tujuan penyiasatan dalaman atau luaran;
  • bagi kelulusan dan pematuhan undang-undang dan kawal selia, sama ada dalam atau luar Malaysia; dan
  • bagi mana-mana tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang

 

dan anda memberi persetujuan kepada STFR untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda bagi Tujuan dan dengan cara seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.

Pendedahan kepada Pihak-pihak Ketiga, dan Pemindahan Data Peribadi ke luar Malaysia

  1. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga untuk mana-mana Tujuan. Selanjutnya, STFR mungkin melantik syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan fungsi bagi pihaknya dan seterusnya mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut (yang mungkin terletak di luar Malaysia dan/atau memproses Data Peribadi anda di luar Malaysia). Pihak ketiga yang dirujuk dalam Seksyen ini termasuk (tanpa had):-

 

  • pihak-pihak ketiga di mana STFR menyumberluarkan fungsi-fungsi dalaman tertentu, seperti pemprosesan dan pentadbiran gaji, perkhidmatan teknologi maklumat, dan pengurusan bangunan (jika berkenaan);
  • para penasihat profesional STFR termasuk penasihat undang-undang, juruaudit, penasihat kewangan dan perunding;
  • ejen-ejen yang bertindak bagi pihak STFR;
  • kepada pihak-pihak berkaitan STFR atau pelanggan perkhidmatan bersama seperti Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Asian Banking School Sdn Bhd (ABS), di mana anda seorang kontraktor, vendor, pembekal atau pembekal perkhidmatan bagi mana-mana pihak berkaitan tersebut;
  • entiti-entiti atau pihak-pihak berkaitan STFR yang lain (seperti AICB dan ABS); dan
  • pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi keperluan statutori, kawal selia dan kerajaan.

 

Data Peribadi anda juga mungkin dikongsi dengan pihak-pihak ketiga berhubungan dengan suatu transaksi korporat, seperti penjualan subsidiari atau bahagian, penggabungan, penyatuan, atau penjualan asset, atau sekiranya berlaku penggulungan.

Tempoh Pemprosesan Data Peribadi

 

  1. Kami memproses Data Peribadi anda hanya selama yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan di atas, dan sepanjang tempoh kami dikehendaki berbuat demikian di bawah tempoh had berkanun yang berkaitan, undang-undang dan peraturan yang terpakai, serta dasar dalaman kami. Apabila Data Peribadi tidak lagi diperlukan untuk Tujuan atau keperluan undang-undang yang berkaitan, kami akan memadamkan Data Peribadi tersebut.

 

Keselamatan Data Peribadi Anda

 

  1. Kami komited untuk melindungi keselamatan Data Peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (termasuk apa-apa pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa serta sebarang garis panduan yang dikeluarkan di bawahnya), di samping dasar dan prosedur dalaman kami.

 

Akses dan Pembetulan, Pertanyaan dan Aduan

  1. Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang yang terpakai, anda boleh memohon akses atau pembetulan terhadap Data Peribadi anda yang disimpan oleh STFR, mengemukakan pertanyaan atau aduan berhubung dengan pemprosesan Data Peribadi anda, serta mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan mengemukakan permintaan bertulis kepada pihak berikut:

 

Pegawai Perlindungan Data
Emel : privacy@stfresources.com
Alamat : Level 2, Bangunan AICB, No. 10, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur

 

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa di mana anda memilih untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, ini mungkin menjejaskan keupayaan STFR untuk melaksanakan kewajipan yang tertentu untuk anda.

  1. Semasa mengemukakan permintaan anda, sila pastikan anda memberikan semua maklumat yang diperlukan untuk membolehkan STFR mengenal pasti anda dengan betul. Maklumat tersebut hendaklah merangkumi nama penuh, butiran perhubungan, alamat dan sebarang maklumat serta butiran berkaitan yang lain. Kami mungkin menolak permintaan akses dan/atau pembetulan anda jika maklumat yang diberikan tidak mencukupi. Permintaan untuk akses kepada Data Peribadi anda mungkin tertakluk kepada pembayaran yuran, selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai.

 

  1. STFR berhak untuk menolak permintaan akses anda dan/atau membuat sebarang pembetulan pada Data Peribadi anda atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti perbelanjaan menyediakan akses kepada anda tidak seimbang dengan risiko privasi anda.

 

Pengakuan dan Persetujuan

STFR berhak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan kepada Notis ini akan berkuat kuasa setelah pemberitahuan telah dibuat kepada anda.

 

Dengan melakukan mana-mana yang berikut:

  • berkomunikasi dengan STFR secara berterusan;
  • perhubungan atau penglibatan berterusan anda dengan STFR;
  • melawat/memasuki Premis; dan/atau
  • dengan menggunakan Laman Web;

 

Anda mengakui bahawa anda telah membaca Notis ini dan secara nyata bersetuju dan memberi persetujuan anda kepada penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh STFR seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.